Skip to main content

BERITA 2026

KELANTAN BIRD PHOTOGRAPHY 2026 DI BUKIT BAKAR, MACHANG

Majlis Perasmian Penutup Kelantan Bird Photography 2026 di Hutan Bukit Bakar, Machang. Melalui lensa para peserta, keindahan biodiversiti dan khazanah alam Kelantan berjaya dirakam sebagai medium promosi ekopelancongan yang sangat berkesan.

LAWATAN KERJA KE JETI PELANCONGAN TOK BALI, PASIR PUTEH

Mengadakan lawatan kerja ke Jeti Pelancongan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan bersama Nasrom Travel & Tour. Dalam lawatan kali ini turut dikongsikan perancangan serta inisiatif yang sedang dan akan dilaksankanan bagi menyokong sektor pelancongan negeri Kelantan. 

KEMASIN BEACH SURF COMPETITION

Majlis Perasmian Kemasin Beach Surf Competition telah berlangsung dengan penuh meriah di Pantai Impian Kemasin, Bachok. Kejohanan berprestij ini berjaya menghimpunkan seramai 45 orang peserta dari empat buah negara, iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Portugal sekali gus mengangkat Pantai Kemasin sebagai destinasi sukan air bertaraf antarabangsa.

SAMBUTAN VISIT MALAYSIA 2026 DI LAPANGAN TERBANG

Sambutan ketibaan pelancong atau pelawat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Sambutan ini bertujuan untuk meraikan ketibaan pelawat domestik dan antarabangsa khususnya ke negeri Kelantan bersempana dengan VM2026.

SAMBUTAN VISIT MALAYSIA 2026 DI ICQS, RANTAU PANJANG

Selamat datang ke Malaysia! Suasana ceria mewarnai Sambutan Peluncuran Visit Malaysia 2026 (VM2026) di ICQS Rantau Panjang bagi mengalu-alukan ketibaan pelancong dari negara Thailand.

Facebook Tourism Kelantan

Youtube Tourism Kelantan

0

  • Today 75
  • Yesterday 106
  • This Week 181
  • Last Week 649
  • This Month 181
  • Last Month 1804
  • This Year 20514
Your IP: 216.73.217.152
Wed, 03 Jun 26 01:15:07 +0800