Kuih Akok adalah kuih yang wajib dicuba ketika mengunjung Negeri Kelantan. Kuih ini sangat terkenal dengan rasa lembut, manis, berlemak (Santan) serta mempunyai tekstur lembut dan kenyal sekaligus menjadikannya makanan yang digemari ramai kerana mempunyai aroma kelapa dan warna kekuningan. Proses pembuatan akok hanyalah menggunakan bahan-bahan tempatan seperti telur, santan, gula merah, dan tepung beras. Kuih Akok biasanya mempunyai 2 bentuk iaitu bentuk ‘Oval kecil’ dan ‘Bunga Besar’. Akok juga hadir dalam pelbagai perisa seperti Asli, Pandan, Jagung dan Coklat. Ia biasanya disediakan untuk majlis perayaan dan kenduri namun turut dijadikan juadah minum petang.