Skip to main content

Rebana Ubi

Merupakan salah satu permainan tradisi masyarakat Kelantan. Cara permainannya ialah setiap rebana ubi akan dipukul oleh dua orang dan boleh dimainkan secara paluan atau dipukul dengan tangan. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Petani, Sering, Kampung Banggol, Gelang Mas, Kampung Paloh Dan Palekbang.
Bagi menambah keunikan warisan seni Kelantan pada tahun 2025, Rebana Ubi tradisional turut diberi sentuhan baharu. Corak dan warna yang memikat telah diperkenalkan untuk memelihara pesona seni ini sambil memberi tarikan kepada generasi baru. Langkah ini bukan sahaja menyuntik eleman moden dalam tradis tetapi juga membantu memastikan kelangsungan warisan ini. Semoga usaha-usaha pemeliharaan seni dan tradisi ini terus berkembang sekali gus menjadikan seni dan budaya sebagai nadi kepada visi Indahnya Kelantan 2025.

Galeri Gambar