Seni Silat Tari adalah merupakan seni mempertahankan diri bagi masyarakat melayu yang merupakan warisan paling berharga di mana persembahannya diwarnai dengan kepelbagaian seni dan bunga tarinya. Perkataan silat itu sendiri menunjukan kesinambungan seni mempertahankan diri dengan ketangkasan dan kelembutan dalam pergerakan silat. Pada hari ini seni silat tari banyak dipersembahkan dalam majlis keramaian dengan diiringi dengan paluan gendang tradisional serta keunikan alunan tiupan serunai.