Ikan budu merupakan hidangan yang hanya ada ketika musim tengkujuh. Ikan ini dikenali sebagai ikan budu kerana penghasilannya sama seperti proses menghasilkan budu iaitu yang diperap dengan garam untuk tempoh masa tertentu. Ikan budu ini akan diambil isi sahaja dan dicampurkan dengan telur serta bahan-bahan lain seperti bawang dan cili yang akan digoreng bersama.Ikan budu ini biasanya akan digoreng bersama telur untuk membangkitkan selera makan pada musim tengkujuh.