Skip to main content

Balai Seni Lukis

Balai Seni Lukis Kelantan terletak bersebelahan dengan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) di Jalan Sultan Ibrahim. Matlamat penubuhan Balai Seni Lukis Kelantan ini ialah membantu pelukis-pelukis tempatan mempamerkan hasil karya mereka. Secara tidak langsung dengan usaha ini dapat memperkenalkan pelukis bakat baru tempatan kepada masyarakat. Selain itu, ruangan ini turut digunakan untuk pameran berkala serta aktiviti-aktiviti lain seperti bengkel lukisan dan pertandingan melukis.
SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-