Negeri Kelantan mempunyai sejarah yang panjang sejak zaman purba. Dengan latar belakang sejarah yang panjang ini telah menjadikan senibina (reka bentuk) rumah Kelantan mempunyai bentuk rumah yang unik dan ciri khas tersendiri. Antaranya ialah Rumah Tiang 12 yang terdapat di beberapa kampung dan bandar Kota Bharu. Rumah ini terdapat tiga modul iaitu Rumah Ibu, Rumah Tengah dan Rumah Dapur. Rumah Ibu mempunyai ruang selasar iaitu satu ruang yang luas untuk menerima tetamu. Rumah Tengah pula menempatkan bilik-bilik dan bersekat-sekat, begitu juga Rumah dapur.