Skip to main content

Nasi Kerabu Kelantan

Nasi Kerabu Kelantan adalah merupakan hidangan tradisional yang terkenal di negeri Kelantan. Keunikan nasi kerabu ini terletak pada nasi berwarna kuning yang dimasak menggunakan kunyit lalu menghasilkan aroma harum serta warna semula jadi yang menarik. Hidangan nasi kerabu akan dilengkapi dengan pelbagai ulam-ulaman yang segar yang dihiris halus seperti timun, kacang panjang, daun kesum, pucuk cekur dan daun kesom untuk menambahkan rasa rangup dan segar.
Sambal kelapa pula digoreng wangi Bersama budu untuk memberikan rasa lemak dan masin tersendiri. Nasi kerabu Kelantan biasanya akan dihidangkan Bersama lauk pelengkap seperti ikan bakar, ayam percik, telur masin atau solak lada. Namun begitu, pelbagai lauk lain seperti kambing bakar, ayam bakar, lemak bakar, ayam goreng, ikan celup tepung dan banyak lagi. Sebagai pelengkap, nasi kerabu Kelantan akan dimakan Bersama kerepok keping yang digoreng rangup pastinya membangkitkan selera makan anda.
SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-