Skip to main content

Kertok

Permainan Kertok dahulunya digunakan oleh penanam padi bagi tujuan menghalau burung pada musim padi masak. Kertok diperbuat dari kayu Merbau atau Nibong yang dilubangkan di tengah-tengahnya dan diisi pula dengan tempurung kelapa. Kertok dimainkan di majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi menyambut Pembesar Negeri. Ia boleh dimainkan oleh dua orang atau berkumpulan. Paluan Kertok juga mempunya lagu-lagu tertentu seperti Ropok, Anjol, Kuncah Manis dan lain-lain. Perusahaan ini terdapat di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu dan Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.