Kuih Cara Berlauk adalah merupakan salah satu kuih tradisional yang popular di Kelantan. Kuih ini berbentuk kecil dan bulat serta mempunyai inti. Intinya terdiri daripada lauk seperti daging, ayam, atau ikan yang dimasak dengan rempah, memberikan rasa pedas dan berperisa. Diperbuat dari adunan tepung beras, santan dan sedikit garam kemudian dipanggang dalam acuan khas.. Kuih Cara Berlauk mempunyai tekstur lembut di dalam dengan permukaan rangup di luar dan sangat sesuai untuk dimakan pada waktu petang atau disediakan dalam majlis perayaan serta kenduri.