Skip to main content

Gelanggang Seni

Gelanggang Seni terletak di Jalan Mahmud, bersebelahan dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan (PPAK) di pusat bandar Kota Bharu. Ianya dibina sekitar tahun 1978 dengan keluasan tapak seluas 1 ekar. Gelanggang Seni berperanan untuk memulihara dan mempromosi kebudayaan Kelantan. Gelanggang ini merangkumi dewan besar yang boleh menampung sehingga 500 orang dalam satu-satu masa berserta pentas persembahan. Antara persembahan yang terdapat di sini ialah Rebana Ubi, Gasing, Congkak, Seni Silat, Kertok, Demostrasi Membuat Wau, Wayang Kulit dan Pertunjukan Kebudayaan. Lihat jadual persembahan Gelanggang Seni : JADUAL PERSEMBAHAN
Untuk makluman semua, Persembahan Kebudayaan di Gelanggang Seni adalah bermula bulan Februari sehingga akhir Oktober sahaja. Bagi bulan November - Januari tiada Persembahan Kebudayaan dijalankan kerana Malaysia telah memasuki musim Monsun Timur Laut atau lebih dikenali sebagai Musim Tengkujuh. Selain itu,Persembahan Kebudayaan di Gelanggang Seni juga turut ditutup sepanjang Bulan Ramadan.

Lokasi Gelanggang Seni adalah seperti berikut :
(Nota : Untuk Lokasi Lebih Tepat Boleh Menggunakan Google Map)