Skip to main content

Etok Salai

Etok Salai ialah makanan yang popular di Kelantan. Dengan menggunakan etok iaitu sejenis siput sungai lalu dibersihkan dan kemudiannya disalai. Bagi membangkitkan aroma serta menambah rasa, etok yang telah siap disalai akan digaul dengan campuran rempah pedas dan garam. Rasanya masin dan sedikit pedas telah menjadikannya kudapan wajib ketika berkunjung ke Kelantan. Oleh kerana permintaanya tinggi dan menggalakan sepanjang tahun maka penjual etak telah membuat pelbagai perisa baharu dan beberapa perisa yang selalu menjadi tumpuan adalah seperti Masam Manis, Pedas serta Tom Yam. Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak berapa mengemari perisa tersebut boleh kekal dengan perisa  asal atau asli.
Galeri Gambar