Pengenalan Bahagian
PENGENALAN
Bahagian Pelancongan & Kebudayaan turut dikenali sebagai Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC). Ianya telah ditubuhkan secara rasmi pada Januari 1995. Pentadbiran ini terletak di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. TIC diketuai seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah. TIC bertanggungjawab pada dua perkara iaitu pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan.
Seiring dengan perkembangan semasa bermula tahun 2026, TIC Kelantan telah dijenamakan semula sebagai Tourism Kelantan. Penjenamaan ini bukan sahaja mengekalkan fungsi asalnya malah memperkukuhkan usaha dan strategi baharu bagi meningkatkan lagi kehadiran pelancong serta mengangkat Negeri Kelantan sebagai destinasi pilihan utama.
OBJEKTIF
-
Objektif utama Pusat Penerangan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan adalah untuk menarik kedatangan pelancong sama ada dalam ataupun luar negara datang ke Negeri Kelantan dengan sasaran lebih 4.8 juta orang setahun.
-
Selain itu, objektif organisasi ini juga adalah untuk melaksanakan program-program penggalakan pelancongan secara sepanjang tahun.
-
Seterusnya mempromosikan pelancongan Negeri Kelantan ke luar negeri sama ada tempatan dan antarabangsa.
-
Juga memastikan identiti dan kebudayaan melayu dikekalkan dan diperindahkan agar ianya tidak dilupakan dan dapat diminati oleh pelancong yang datang.