Skip to main content

Tourism Kelantan

Bahagian Pelancongan & Kebudayaan turut dikenali sebagai Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC). Ianya telah ditubuhkan secara rasmi pada Januari 1995. TIC Kelantan bertanggungjawab pada dua perkara iaitu pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan. Objektif utama adalah untuk menarik kedatangan pelancong sama ada dalam ataupun luar negara datang ke Negeri Kelantan dengan sasaran lebih 4.8 juta orang setahun. Selain itu, TIC Kelantan juga melaksanakan program-program penggalakan pelancongan secara sepanjang tahun.
Seiring dengan perkembangan semasa bermula tahun 2026, TIC Kelantan telah dijenamakan semula sebagai Tourism Kelantan. Penjenamaan ini bukan sahaja mengekalkan fungsi asalnya malah memperkukuh usaha dan strategi baharu bagi meningkatkan lagi kehadiran pelancong serta mengangkat Negeri Kelantan sebagai destinasi pilihan utama.

Logo Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan boleh di muat turun di sini : DOWNLOAD