Skip to main content

Min House Camp

Terletak di Kampung Pulau, Kubang Kerian dengan melalui perjalanan sejauh 7 Kilometer dan mengambil masa 40 minit dari pusat bandar Kota Bharu. Pengunjung akan dibawa menyusuri Sungai Labok Durian sambil melihat keindahan cahaya Kelip-Kelip pada pokok berembang di sepanjang laluan sungai. Waktu terbaik untuk melihat panorama indah cahaya kelip-kelip adalah bermula 8 malam sehingga  11 malam terutamanya pada musim kemarau dari bulan Februari - Oktober. Untuk makluman semua, tempat ini ditutup pada musim tengkujuh.

Galeri Gambar

Lokasi Min House Camp adalah seperti berikut:
(Nota : Untuk Lokasi Lebih Tepat Boleh Menggunakan Google Map)