Skip to main content

Kaunter Perkhidmatan Pelancongan Tourism Kelantan

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tourism Kelantan menyediakan Kaunter Perkhidmatan Pelancongan Tourism Kelantan yang terletak di Balai Ketibaan, Ruang Awam, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Kaunter ini berfungsi sebagai pusat penyampaian maklumat pelancongan kepada pengunjung yang tiba di Kelantan yang meliputi destinasi pelancongan, produk pelancongan, budaya, warisan serta acara pelancongan negeri. Pengunjung juga boleh mendapatkan bahan promosi dan risalah pelancongan sebagai panduan sepanjang berada di Kelantan.
Keunikan kaunter ini terletak pada reka bentuknya yang diinspirasikan daripada seni bina istana tradisional Kelantan dan elemen Wau Bulan sebagai simbol identiti negeri. Selain itu, sebuah pintu gerbang yang diinspirasikan daripada pintu masuk Istana Balai Besar, Kota Bharu turut disediakan sebagai tarikan bergambar. Menampilkan elemen ukiran tradisional Melayu yang menyerlahkan keunikan seni dan warisan budaya Kelantan. Gabungan elemen-elemen ini memberikan gambaran awal kepada pengunjung mengenai keunikan budaya dan tradisi Negeri Cik Siti Wan Kembang sebaik sahaja mereka tiba di Kelantan.
Waktu operasi kaunter ini pada Ahad - Rabu adalah 7:30 Pagi - 4:30 Petang. bagi hari Khamis pula bermula 7:30 Pagi - 3:00 Petang.

Galeri Gambar