Nasi Kak Wok adalah merupakan hidangan popular yang berasal dari Kota Bharu. Ia terdiri daripada nasi putih yang dihidang bersama potongan ayam goreng kecil, sambal tumis pedas dan kuah gulai. Walaupun ringkas, rasa gabungan kuah dan sambalnya membuatkan Nasi Kak Wok digemari oleh semua lapisan masyarakat.