Skip to main content

Puteri Mandi

Kuih Puteri Mandi merupakan kuih tradisional Kelantan dimana nama "Puteri Mandi" dikaitkan dengan rupa kuih yang seolah-olah “dimandikan” dalam gula, melambangkan kelembutan dan keaslian warisan manisan Melayu yang tak lapuk dek zaman. Kuih ini diperbuat daripada tepung pulut yang dibentuk bulat seperti bola-bola kecil serta mempunyai tekstur kenyal dan lembut. Bola-bola kecil yang telah siap dibentuk akan direbus dalam air panas hingga ia terapung naik ke permukaan air. Kemudian ia akan disiram dengan kuah manis dari gula merah yang telah digaul sebati dengan kelapa parut.
SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-