Mengadakan lawatan kerja ke Jeti Pelancongan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan bersama Nasrom Travel & Tour. Dalam lawatan kali ini turut dikongsikan perancangan serta inisiatif yang sedang dan akan dilaksankanan bagi menyokong sektor pelancongan negeri Kelantan. Lawatan ini penting bagi memastikan setiap perancangan yang dirangka selari dengan hala tuju pembangunan pelancongan negeri dan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.
Pembangunan jeti pelancongan ini dilihat sebagai antara pemankin utama dalam memperkukuh sektor pelancongan maritim selain berpotensi menjadi pintu masuk baharu bagi aktiviti pelancongan, rekreasi laut, pelayaran dan industri sokongan yang lain. Usaha ini bukan sahaja mampu menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa malah membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada komuniti setempat termasuk usahawan kecik, nelayan, penggiat rumah tumpangan (homestay) dan pemain industri pelancongan.
Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa komited menyokong inisiatif strategi seperti ini bagi memastikan pembangunan pelancongan dilaksanakan secara mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi serta seiring asporasi menjadikan Kelantan sebagai destinasi pelancongan pilihan menjelang tahun-tahun mendatang.