SAMBUTAN PELUNCURAN VISIT MALAYSIA (VM2026) DI ICQS RANTAU PANJANG
Selamat datang ke Malaysia! Suasana ceria mewarnai Sambutan Peluncuran Visit Malaysia 2026 (VM2026) di ICQS Rantau Panjang bagi mengalu-alukan ketibaan pelancong dari negara Thailand. Program ini telah disempurnakan oleh YB Zameri bin Mat Nawang, Timbalan Exco Pelancongan Negeri Kelantan dan turut hadir bersama YBrs Encik Chan Hon Mun, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, wakil dari MOTAC Kelantan serta wakil dari Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. Ayuh terokai keindahan, budaya, makanan dan keramahan rakyat Malaysia bersempena Visit Malaysia 2026!