Skip to main content

SAMBUTAN VISIT MALAYSIA 2026 
LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA

Sambutan ketibaan pelancong atau pelawat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Sambutan ini bertujuan untuk meraikan ketibaan pelawat domestik dan antarabangsa khususnya ke negeri Kelantan bersempana dengan VM2026.
Turut hadir sama memeriahkan sambutan ini ialah Datuk Kamarudin Bin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri Kelantan, Pengrah Bahagian Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Kelantan bersama-sama ketua-ketua jabatan kerajaan yang lain serta wakil dari pemain industri. Sempena Visit Malaysia 2026 ini, para pelancong tempatan dan antarabangsa dapat terus jadikan Kelantan sebagai destinasi pilihan pelancongan. Kelantan terkenal dengan keindahan alam semula jadi, warisan budaya yang unik serta nilai Islam yang kukuh.

Galeri Gambar