Skip to main content

Bola Sepak Monsoon Cup 2025

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan kebudayaan dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Puteh telah mengadakan Kejohanan Bola Sepak Pantai Monsoon Cup Jajahan Pasir Puteh Tahun 2025 bertempat di Pantai Bisikan Bayu Pasir Puteh, Kelantan.
Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Bola Sepak Pantai Monsoon Cup Jajahan Pasir Puteh Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YB Datuk Kamarudin Bin MD Nor (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan). Turut hadir sama adalah Ketua Jajahan Pasir Puteh, YABrs. Encik Mohd Kamarulzaman bin Ab Wahab, Pengarah Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan, YABrs. Mohd Azwan bin Ab Rahman dan Setiausaha Majlis Daerah Pasir Puteh, YBrs. Encik Zulkarnean bin Isa.
Pertandingan ini diadakan selama dua hari bermula 22 & 23 November 2025 (Sabtu & Ahad). Sebanyak 43 pasukan telah menyertai pertandingan kali ini bagi merebut hadiah wang tunai yang berjumlah sehingga RM 5,000.00 bagi Johan.
Bagi tempat ke 2 akan menerima hadiah wang tunai yang berjumlah RM 2,000.00 serta tampat ke 3 & 4 masing-masing akan menerima wang tunai yang berjumlah RM 1,00.00. Manakala bagi pasukan yang menadapat tempat ke 5 – 8 akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 300.00.

Galeri Gambar