Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Festival Baruh Bachok 2025 bertempat di Baruh(Sawah Padi) Kechelong, Jelawat, Bachok pada 8 November 2025 (Sabtu). Penganjuran kali ini adalah untuk mempromosikan agro-pelancongan yang unik sebagai satu tarikan pelancongan. Festival kali ini telah mengabungkan unsur permainan tradisional, sukaneka dan aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur. Dengan penglibatan semua dalam festival ini pastinya merapatkan lagi hubungan silaturahim antara peserta dan penonton.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Lumba Kereta Ggalo (Traktor), Lumba Lari Dalam Baruh, Pertandingan Kostum Paling Lawak, Panjat Tiang Licin, Pertandingan Mengail, Igak (Tangkap) Itik Dalam Baruh, Gagar (Tangkap) Ikan Dalam Baruh, Katok Bantal (Pukul Bantal), Jalan Atas Titi Buluh, Tarik Tali Baruh, Bola Sepak Baruh, Tarik Upih, Pertandingan Memasak Ikan Darat (Sungai/ Ikan Air Tawar), Cari Duit Syiling Dalam Baruh, Mewarna, Arca Dari Selut Dan Banyak Lagi.
Festival Baruh Bachok 2025 telah disempurnakan olehYB Datuk Kamarudin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan serta diiringi oleh YB Zameri bin Mat Nawang selaku timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan. Turut hadir sama wakil Ketua Jajahan YBRS. Encik Nik Ahmad Shazzwan bin Nek Mumhammad dan wakil Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok YBRS. Mohd Khairul Adzhar bin Mohd Adnan. Selain itu, festival ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Tuan Haji mohd Syahir bin Che Sulaiman selaku Ahli Parlimen Bachok yang turut menyertai aktiviti-aktiviti di festival baruh kali ini. Turut bersama-sama di majlis perasmian ini ialah YB Senator Dr. Hajjah Wan Martina binti Wan Yusoff.