Skip to main content

Dikir Barat

Dikir barat terkenal di Kelantan. Biasanya terdiri dari sepuluh hingga dua puluh orang ahli. Ianya dipersembahkan secara solo dan berkumpulan yang menyanyi serta bertepuk tangan dan membuat pergerakan tangan secara serentak diiringi dengan bunyian alatan muzik tradisional. Watak utama dalam persembahan adalah Tok Juara dan Tukang Karut sebagai penyanyi utama.