Jom beramai-ramai menyertai Pertandingan Memancing Ikan Toman Piala YAB. Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan yang akan berlangsung pada 13 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra (TPESIP), Tasik Pergau, Jeli, Kelantan. Untuk makluman, Pertandingan Memancing Ikan Toman Piala YAB. Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan ini adalah penyertaan terhad oleh itu siapa cepat dia dapat. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 10.00 sahaja. Hadiah disediakan dari Johan sehingga tempat kelima. Hadiah bagi Juara adalah sebanyak RM 3000.00. Selain itu sebanyak 20 cabutan bertuah turut menanti anda.