Kejohanan Kelantan Mountain Bike Challenge Piala YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan telah dianjurkan bertempat di Bukit Bakar Forest Eco Park, Jajahan Machang pada 20 Disember 2025 (Sabtu). Sebanyak 7 kategori yang dipertandingakan iaitu Wanita Remaja, Wanita Terbuka, Lelaki Master B, Lelaki Master A, Lelaki Terbuka, Lelaki Remaja dan Lelaki Elite. Ini membuktikan bahawa kejohanan ini dapat menghimpukan pelumba dari pelbagai kategori selain membuka peluang kepada pelumba tempatan untuk bersaing dengan pelumba yang lebih berpengalaman serta memiliki teknik dan teknikal yang lebih baik.
Majlis perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Panglima Perang Menteri Besar. Turut hadir sama adalah YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj b. Tengku Feissal (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan), YB. Dato’ Rosnazli bin haji Amin (Pegawai Kewangan Negeri Kelantan), YB Zamakhshari bin Muhamad (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat) dan YABrs. Encik mohd Zamri bin Ibrahim (Ketua Jajahan Machang).
Bagi kategori akhir iaitu acara Lelaki Elite, YAB. Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan telah membuat pelepasan (Flag-OFF) kepada pelumba yang bertanding. Ini merupakan tanda sokongan Kerajaan Negeri terhadap sukan ini yang sentiasa menyokong budaya sukan yang sihat serta sangat menggalakan golongan belia untuk menyertainya. Kejohanan ini bukan sahaja memerlukan kecegasan fizikal yang tinggi tetapi turut memerlukan kemahiran teknikal dan ketahanan mental dalam mengharungi setiap halangan dalam perlumbaan. Ini adalah antara keperluan dalam sukan lasak ini sebelum pelumba mampu melangkah jauh dalam sukan yang kompetitif ini.