Skip to main content

Gelanggang Seni

Gelanggang Seni terletak di Jalan Mahmud, bersebelahan dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan (PPAK) di pusat bandar Kota Bharu. Ianya dibina sekitar tahun 1978 dengan keluasan tapak seluas 1 ekar. Untuk makluman semua, Persembahan Kebudayaan di Gelanggang Seni adalah bermula bulan Februari sehingga akhir Oktober sahaja. Bagi bulan November - Januari tiada Persembahan Kebudayaan dijalankan kerana Malaysia telah memasuki musim Monsun Timur Laut atau lebih dikenali sebagai Musim Tengkujuh. Selain itu,Persembahan Kebudayaan di Gelanggang Seni juga turut ditutup sepanjang Bulan Ramadan.
SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-