Air terjun jelawang adalah salah satu tarikan pelancong yang terkenal di negeri Kelantan. Kawasan ini juga menjadi habitat bagi pelbagai haiwan seperti gajah Asia, seladang, burung merak Argus, harimau Malaya dan tapir. Di kaki Air Terjun Jelawang, terdapat Resort Jelawang yang menawarkan chalet, bilik mesyuarat, surau, dan tandas. Beberapa tempat menarik boleh dilawati di sekitar punca Air Terjun Jelawang seperti Gua Rantai, Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun Dua Gunung.