Wayang kulit Kelantan adalah persembahan tradisional yang menggunakan cahaya dan bayangan patung kulit haiwan dengan cerita berasaskan Hikayar Sri Rama. Persembahan ini dipersembahkan dalam Bahasa Melayu loghat Kelantan diiringi muzik tradisional seperti serunai, gendang dan gong serta watak wayang kulit yang digerakkan oleh seorang tok dalang. Seorang tok dalang mampu membawa sehingga 7 watak suara yang berbeza. Persembahan Wayang Kulit Kelantan merupakan salah satu kesenian yang mempunyai keunikannya tersendiri.