Kelantan terkenal kerana alam semulajadi yang indah serta mempunyai pelbagai juadah makanan yang lazat. Ini adalah salah satu tarikan pelancong yang menjadikan Kelantan terkenal untuk mereka yang gemar mencuba makanan baharu. Kopitiam Kita adalah tempat sarapan tumpuan orang ramai terutamanya bagi mereka yang merindui citarasa tempatan. Selain Roti Titab, Kopitiam Kita juga menawarkan pelbagai nasi bungkus yang lazat. Namun begitu Roti titab masih menjadi pilihan utama pelanggan kerana ia mempunyai rasa rangup di luar tetapi lembut di dalam.