Dikir barat ialah sejenis persembahan seni suara tradisional Melayu yang terkenal di Kelantan Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut (nyanyian dalam bentuk pantun atau syair) sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh “awak-awak” (tepuk tangan) sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan.