Kompleks Gua Ikan terletak di Kampung Slow Pak Long dalam daerah Dabong, Kelantan. Ia berada dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Selatan berhampiran dengan Gunung Stong. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan semasa berkunjung ke Gua Ikan ialah eksplorasi gua caving/spelunking, berkhemah, mendaki, fotografi alam semula jadi, mandi sungai dan air terjun dan kaya dengan flora & fauna.