
Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Thai Halal Food Festival 2026 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 23 November 2026 bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. Pelbagai pilihan makanan dan produk halal menanti anda selain dari pelbagai aktiviti menarik sepanjang lima hari festival berlangsung!
Lebih istimewa pengunjung turut disajikan dengan persembahan Muay Thai, persembahan muzik oleh Orkestra Perbandaran Yala, demonstrasi seni mempertahankan diri serta pelbagai aktiviti menarik. Festival bermula seawal 11.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari. Ayuh datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan. Jumpa anda di sana!