Previous Next

Rotan - Rotan digunakan untuk menghasilkan perabot dan bakul. Rotan boleh dijadikan sebagai kayu untuk membuat perabot apabila dipotong mengikut bahagian-bahagian tertentu. Rotan boleh diserikan dengan pelbagai warna dan boleh dibentuk dengan pelbagai rupa. Tambahan pula, bahagian luar rotan juga boleh menghasilkan anyaman. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.

Buluh - Perusahaan membuat peralatan berasaskan buluh boleh di dapati di Kampung Tok Oh seperti bakul, perhiasan dinding, tikar dan sebagainya. Ia amat popular dan mendapat tempahan dari seluruh negeri di Malaysia. Ianya diusahakan oleh kaum wanita yang tinggal di sekitar Kampung Tok Oh, Kampung Ana, Kampung Padang Mandol dan Kampung Jal Besar, Tumpat.

Previous Next

Ukiran Kayu - Kraf tradisional yang dihasilkan daripada kayu yang berkualiti tinggi ialah cengal, jati dan merbau yang mana sering digunakan untuk membuat bot dan perabot. Motif ukiran kayu biasanya berdasarkan tempat kraf itu digunakan. Motif kaligrafi kebanyakannya digunakan di masjid dan motif alam sekitar dibangunan istana dan golongan bangsawan. Semakin cantik dan menarik ukiran itu, semakin tinggi golongan masyarakat yang menggunakannya. Seni ukiran kayu ini begitu aktif dihasilkan di Kelantan terutamanya di sekitar Tumpat.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan