PENGENALAN
Bahagian Pelancongan & Kebudayaan turut dikenali sebagai Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC). Ianya telah ditubuhkan secara rasmi pada Januari 1995. Pentadbiran ini terletak di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. TIC diketuai seorang Ketua Penolong Setiausaha Gred N48 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. TIC bertanggungjawab pada dua perkara iaitu pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan.
OBJEKTIF
- Objektif utama Pusat Penerangan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan adalah untuk menarik kedatangan pelancong sama ada dalam ataupun luar negara datang ke Negeri Kelantan dengan sasaran lebih 4.8 juta orang setahun.
- Selain itu, objektif organisasi ini juga adalah untuk melaksanakan program-program penggalakan pelancongan secara sepanjang tahun.
- Seterusnya mempromosikan pelancongan Negeri Kelantan ke luar negeri sama ada tempatan dan antarabangsa.
- Juga memastikan identiti dan kebudayaan melayu dikekalkan dan diperindahkan agar ianya tidak dilupakan dan dapat diminati oleh pelancong yang datang.