Makanan Kelantan

Kelantan menjadi salah satu destinasi pelancongan menarik yang sering menjadi pilihan pelancong. Terdapat berbagai produk pelancongan seperti alam semulajadi, tempat bersejarah, pusat membeli belah, kraf dan makanan yang boleh dinikmati para pelancong. Selain itu, tarikan-tarikan unik juga turut menggamit pelancong seperti Selam Skuba, Rafflesia Lojing dan Taman Kelip-Kelip.

 

Akok

Juga dikenali sebagai Akok Kelantan kerana mempunyai bau yang harum dan diperbuat daripada telur dan gula melaka.

 

 

Ayam Percik

Ayam yang dibakar dan disediakan bersama sos santan kelapa istimewa (berwarna putih).

 

 

Buah Tanjong

Rasanya manis seperti Jala Mas dan merupakan makanan warisan kerabat diraja kelantan.

 

Budu

Adalah merupakan satu sos yang diperbuat daripada ikan dan boleh disajikan bersama ikan dan sayuran.

 

Jala Mas

Juga dikenali sebagai makanan diraja. Bahan-bahan utama adalah telur dan gula.

 

Ketupat Sotong

Ia diperbuat daripada beras pulut, sotong dan gula merah sebagai sos.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan