PASAR TERAPUNG PULAU SURI
Kepada mereka yang ingin merasai pengalaman membeli-belah seperti berada di negara jiran iaitu Hatyai dan Bangkok di Thailand maka anda boleh berkunjung ke Pulau Suri yang yang terletak di Tumpat, Kelantan. Pasar ini terkenal kerana mempunyai deretan bot-bot kecik yang diletakakan di tepi-tepi sungai malah yang lebih menarik lagi bot-bot ini juga turut menjual pelbagai jenis makanan serta minuman. Oleh itu, tidak pelik kalau pasar ini dikenali sebagai pasar terapung atau floating market.
Kelantan Floating Market @ Pulau Suri kini dibuka untuk orang ramai pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi - 3.00 petang. Pasar Terapung Pertama di Malaysia ini mempunyai kemudahan asas yang cukup untuk pengunjung yang datang seperti tandas dan surau . Pelbagai jualan dan barangan yang berasaskan tradisional dijual oleh penduduk kampung untuk pengunjung yang datang dengan harga yang sangat berpatutan. Selain makanan tradisional, pengunjung juga boleh mendapatkan makanan, minuman serta barangan dari jiran yang turut dijual disini.