Masjid Muhammadi

Salah satu lambang kemegahan di dalam bandar ini yang mempunyai ciri-ciri gerbang yang anggun dan warna keemasan. Nama Masjid Muhammadi sebagai satu penghormatan Almarhum Sultan Muhammad IV di atas sumbangan dan jasa terhadap negeri ini. bangnan ini telah dibina bermula pada tahun 1925 semasa pemerintahan Sultan Ismail. Pada abad ke-18, Masjid ini merupakan pusat penyebaran dakwah islamiah oleh tokoh ulamak tersohor seperti Tuan Taba dan Tok Kenali turut mengajar di sini.

Setelah menamatkan pembelajaran di masjid ini, pelajar akan menyambung pelajaran di Mekah. Pada hari ini, masjid ini telah dijadikan masjid rasmi untuk aktiviti-aktiviti keagamaan seperti majlis berbuka puasa bersama KDYMM Sultan Kelantan.

 

Lokasi Masjid Muhammadi adalah sebagaimana berikut

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan