Latar Belakang Bahagian

Perkembangan pesat sektor pelancongan telah diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk mengambil alih Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) mula 01.04.1994 daripada Pengurusan Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (PKINK). Keputusan ini dibuat di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan kali ke 6/94 yang bersidang pada 20.03.1994.

 

Pengambilalihan ini memandangkan tiada ada agensi kerajaan Negeri yang diberi tanggungjawab khusus bagi mengendalikan pengurusan mengenai Pelancongan, Kebudayaan & Sukan. Keadaan ini menimbulkan kerumitan kepada pelaksanaan dan penyelarasan.

 

Sebelum ini TIC telah diberi tanggungjawap di dalam aktiviti-aktiviti pelancongan sahaja iaitu mengendalikan aktiviti-aktiviti penggalakan pelancongan anjuran kerajaan negeri dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan. Pusat Penerangan Pelancongan juga diberi tugas mengendalikan aktiviti-aktiviti penggalakan di luar-luar negeri.

 

Mulai 01.01.1995 apabila Pusat Penerangan Pelancongan telah diambilalih oleh Kerajaan Negeri ianya dikenali sebagai Bahagian Pelancongan & Kebudayaan dan dipertanggungjawapkan kepada Timbalan SUK (Pembangunan).

 

Semenjak perstrukturan semula perjawatan oleh Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan 1/1/2004. Bahagian Pelancongan & Kebudayaan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan & Kebudayaan). TIC bertanggungjawap pada dua perkara iaitu pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan