Tok Bali - Pantai ini adalah antara pantai yang paling mempersonakan di Kelantan kerana ia amat sesuai sekali untuk para pengunjung yang inginkan suasana yang sunyi dan tenang. Pulau Salji dan Pulau Susu Dara dapat dilihat dari persisiran pantai ini dengan iringi lambaian pepohon nyiur yang redup, pasir yang keemasan dan lautannya yang membiru. Terdapat beberapa jenis penginapan yang terdapat di sini seperti chalet dan resort yang moden mengikut arus peredaran masa. Pantai Tok Bali terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu.
Lokasi Tok Bali adalah sebagaimana berikut