KELANTAN SIGHSEEING TOUR

Image
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bus “Kelantan Sightseeing Tour” dan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara Jasa Teratai Holding Sdn. Bhd. dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Tujuan perkhidmatan “shuttle bus” kepada para pelancong yang berkunjung ke Kota Bharu melalui pakej-pakej khas seperti pakej separuh hari melawat sekitar kawasan tarikan pelancongan di Kota Bharu, pakej ke tempat bersejarah dan warisan serta pakej melawat produk eko pelancongan. Antara tempat-tempat yang boleh dilawati oleh para pelancong adalah seperti Pantai Cahaya Bulan, Pantai Mek Mas, Dataran Muhammadi, Pengkalan Kubor, Pasar Terapung Pengkalan Datu, Masjid Ar-Rahman dan sebagainya.

Bas ini akan mengambil pelancong dari hotel-hotel di sekitar Kota Bharu untuk dibawa ke stesen Bas Persiaran iaitu di Dataran Muhammadi. Antara hotel yang terpilih adalah Jewels Hotel, Aslah Butik Hotel, Hotel Perdana, Crystal Lodge dan Hotel Grand Riverview.

Image
Image
Image
© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan