Previous Next

Gasing - Gasing merupakan salah satu hiburan tradisi rakyat Kelantan. Terdapat dua jenis gasing yang biasanya dimainkan oleh masyarakat Kelantan iaitu Gasing Uri dan Gasing Pangkah. Gasing Uri dibuat daripada logam timah dan kayu merbau, paksinya dibuat daripada besi dan kepalanya pula dibuat daripada tanduk kerbau supaya gasing itu lebih cantik. Manakala Gasing Pangkah diperbuat daripada kayu keranji. Di dalam pertandingan, gasing yang berpusing lebih lama akan dianggap pemenang. Tempat yang terkenal dalam penghasilan produk permainan traidisional ini ialah di Kampung Gertak Kechupu di Kota Bharu, Kampung Kubang Telaga di Bachok, Kampung Berlian Kok Pasir dan Kampung Ana Jal Besar di Tumpat.

 

Previous Next

Perak - Produk perak terkenal di Kelantan kerana keunikan ukiran dengan kehalusan seni serta rekabentuk yang menarik. Produk yang dihasilkan seperti mangkuk buah, set minuman, bekas  habuk rokok, kerongsang, rantai atau gelang serta pelbagai hiasan diri untuk lelaki dan wanita.Perusahaan terdapat di Kampung Sireh, Kota Bharu dan Kampung Morak, Tumpat.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.