Previous Next

Bazar Tok Guru

Bazar Tok Guru - Bazar Tok Guru adalah sebuah bazar yang baru siap dibina dan dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Bentera Setia Menteri Besar Kelantan pada Julai 2011. Bazar ini antara lokasi pusat membeli belah di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Selain menjual pelbagai aneka pakaian siap, batik dan songket, makanan tempatan seperti keropok dan dodol juga ada dijual di sini. Setiap pengunjung yang biasa bertandang ke Kelantan sudah pasti mengenali Bazar Tok Guru kerana kedudukannya yang berhampiran pusat penerangan pelancongan Negeri Kelantan.

 

Lokasi Bazar Tok Guru sebagaimana berikut

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan