Previous Next

Galeri Anjung Pesona Wajah

Seorang pesara tentera telah menukarkan rumahnya menjadi sebuah muzium mini yang dipenuhi dengan pelbagai koleksi lama yang telah dikumpul sejak dari tingkatan lima lagi. Muzium mini ini telah dinamakan sebagai Anjung Pesona Wajah kerana antara koleksi lama yang dipamirkan adalah seperti koleksi gambar-gambar tokoh politik, keluarga, bintang filem dan penduduk kampung.

Dengan berbekalkan minat yang mendalam, Kapten (B) Muhamad Awang telah membuka  Anjung Pesona Wajah adalah terletak di kampung Pendek, Salor ini tahun 2005. Selain dari koleksi gambar-gambar lama, beliau juga turut memiliki koleksi senjata lama, surat khabar, majalah serta peralatan yang digunakan oleh mayarakat pada zaman dulu dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Beliau juga adakah bekas pelajar Maktab Sultan Ismail (SIC) turun mengumpul gambar bekas guru serta rakan-rakan sekolah untuk dijadikan tatapan alumni. Ini menjadikan Anjung Pesona Wajah sebagai tempat pertemuan semula dengan rakan-rakan serta bekas guru bagi mengimbau kenangan lalu bersama-sama apabila salah seorang dari mereka meninggal dunia.

 

Lokasi Galeri Anjung Pesona Wajah adalah sebagaimana berikut

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan