Seni Silat Tari - Seni mempertahankan diri bagi masyarakat melayu warisan paling berharga yang mana persembahannya diwarnai dengan kepelbagaian seni dan bunga tarinya. Perkataan silat itu sendiri menunjukan kesinambungan seni mempertahankan diri dengan ketangkasan dan kelembutan dalam pergerakan silat yang biasanya, dipersembahkan dalam majlis keramaian dan diiringi oleh paluan gendang tradisional dan keunikan alunan tiupan serunai.