Agro Resort Jeram Mengaji

Image
SIAPA sangka di sebalik kedudukan lokasi yang tersorok di balik hutan belantara dan laluan jalan kampung, tersembunyi 'permata' yang bakal digilap sebagai tarikan pelancongan baru di Pasir Puteh ,Kelantan.Lokasi menarik ini terletak di Jeram Mengaji Agro Resort, kira-kira enam kilometer dari Selising dan kira-kira 22 kilometer dari Bandar Pasir Puteh.

Selain keindahan panorama semula jadi, Jeram Mengaji turut dianugerahkan jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan rekreasi keluarga. Malah, di sini juga terdapat pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu, kambing diperah segar di gerai penduduk tempatan yang dicat bertemakan tompokan warna hitam putih seperti lembu Holstein, lembu tenusu paling banyak diternak seluruh dunia. Kemudahan surau dan tandas awan juga lengkap tersedia di sini utk kegunaan para pengunjung.
Image
Image
Image
Image
© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan