Istana Jahar - Terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar adalah di antara istana-istana yang menarik terdapat di sekitar bandar Kota Bharu. Malah Istana Jahar ini juga telah mula dibina dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886) setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar.
Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan. Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang. Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara. Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan muzium itu.
Lokasi Istana Jahar adalah sebagaimana berikut