BANTUAN PENARIK BECA (II)
- Super User
- Berita Tahunan
- Jumlah paparan: 63
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Program Bantuan Sara Hidup Penarik Beca (Siri 2) yang telah diadakan di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan pada 12 Disember 2022.
Bantuan khas ini disempurnakan oleh YB Mej.(B) Dato’ Hj.Md. Anizam Bin Ab.Rahman ini telah melibatkan kira-kira 17 penarik beca yang telah berdaftar dengan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. Inisiatif dari Kerajaan Negeri ini dibuat dua kali setahun dan ini adalah sembanagan kali kedua bagi tahun 2022. Setiap penarik beca akan menerima RM 600 duit tunai serta bantuan dalam bentuk barangan dapur yang bernilai RM 100.
MALAM APRESIASI WANITA
- Super User
- Berita Tahunan
- Jumlah paparan: 112
KOTA BHARU - 22 OKTOBER 2022 (SABTU), KERAJAAN NEGERI KELANTAN MELALUI BAHAGIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN TELAH MENGANJURKAN MALAM APRESIASI PENGGIAT SENI WANITA KELANTAN 2022 BERTEMPAT DI HOTEL GRAND RIVER VIEW, KOTA BHARU. MAJLIS DIADAKAN BAGI MEMBERI ANUGERAH KEPADA ANAK SENI KELANTAN YANG BERGIAT AKTIF BERKARYA DALAM PELBAGAI KATEGORI YANG BERBEZA. DATUK NORA DATO' ARIFFIN TELAH DI ANUGERAHKAN SEBAGAI IKON LAGENDA KELANTAN, ROSMARIA IKON ANAK SENI KELANTAN, CATRIONA ROSS IKON INFLUENCER KELANTAN, HAJJAH KELTHOM IKON SENI KRAF KELANTAN (SONGKET) DAN ALLAHYARHAMAH KHATIJAH AWANG JASAMU DIKENANG (PRIMADONA MAKYONG)
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DISEMPURNAKAN OLEH YB. DATO' HAJJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF, TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. SERAMAI 250 ORANG TETAMU YANG HADIR (KESEMUANYA WANITA).
SILAT JATUH PASIR PUTEH
- Super User
- Berita Tahunan
- Jumlah paparan: 100
PASIR PUTEH - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Puteh dan Pertubuhan Seni Silat Tari Jatuh Kelantan (Setanjak) telah mengadakan Pertandingan Seni Silat Jatuh Jajahan Pasir Puteh di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh pada 23 September 2022 (Jumaat).
Pertandingan kali ini menampilkan 5 regu dan mendapat sambutan luar biasa apabila penonton yang hadir memenuhi dewan memberikan sorakan gemuruh setiap kali pesilat berjaya menjatuhkan lawan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Wan Hassan bin Wan Ibrahim, merangkap ADUN Semerak bagi Jajahan Pasir Puteh.
PESTA TANGLONG
- Super User
- Berita Tahunan
- Jumlah paparan: 114
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan telah mengadakan Festival Silang Budaya “Pesta Tanglong 2022” bertempat di Dewan Perniagaan Cina, Kota Bharu.
Perasmian kali ini telah disempurnakan oleh YB Mej (B) Dato’ Hj. Md. Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan. Turut hadir bersama adalah Presiden Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, Dato’ Oie Poh Choo. Selain acara memasang api tanglong, acara persembahan juga diadakan seperti Tarian Singa, Persembahan Silat Tari, Sinfoni Pergendangan Antara Kaum (Melayu, Cina, India dan Siam), Persembahan Wushu dan Tarian Naga.
SILAT JATUH TANAH MERAH
- Super User
- Berita Tahunan
- Jumlah paparan: 114
TANAH MERAH - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Majlis Daerah Tanah Merah dan Pertubuhan Seni Silat Tari Jatuh Kelantan (Setanjak) telah mengadakan Pertandingan Seni Silat Jatuh Jajahan Tanah Merah di SMU (A) Diniah Bukit Kecik pada 19 Ogos 2022 (Jumaat).
Pertandingan kali ini menampilkan 5 regu dan mendapat sambutan luar biasa dari pengunjung yang hadir sekitar 1,000 orang. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.