footer

PELANCARAN INDAHNYA KELANTAN

PELANCARAN INDAHNYA KELANTAN

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan majlis pelancaran Indahnya Kelantan pada 1 Februari 2025, bertempat  di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud. Turut hadir bersama YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, semua Exco-exco Kerajaan, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen serta ketua-ketua jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Pada majlis ini telah dilancarkan Logo Indahnya Kelantan, QR kod untuk portal pelancongan Kelantan serta lagu rasmi Indahnya Kelantan telah dipersembahkan pada majlis tersebut. Untuk tontonan video boleh ke saluran Youtube TIC Kelantan.

Image
TEKAN IMEJ UNTUK BESARKAN 
© 2025 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan