footer

BANTUAN KEPADA PENARIK

BANTUAN KEPADA PENARIK

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Bantuan Penarik Beca pada 21 Januari 2025 bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10.
Bantuan khas ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan dengan diiringi oleh YB Datik Kamarudin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan serta YB Helmi Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kelantan.
Penerima bantuan khas ini melibatkan kira-kira 13 orang penarik beca yang berdaftar dengan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. Setiap orang akan menerima 2 jenis bantuan iaitu dalam bentuk wang tunai RM 500.00 serta bakul makanan. Kerajaan Negeri Kelantan juga telah mengumumkan dalam belanjawan bahawa kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM 500.00 kepada penarik beca setiap bulan.
Image
TEKAN IMEJ UNTUK BESARKAN 
© 2025 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan